Ditimpa bala akibat 15 jenis maksiat
DARIPADA Saidina Ali bin Abi Thalib ra Rasulullah bersabda:
"Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
- Apabila harta negara hanya beredar pada orang tertentu
- Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
- Zakat dijadikan hutang
- Suami memperuntukkan kehendak isteri
- Anak derhaka terhadap ibunya
- Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
- Anak suka menjauhkan diri daripada ayahnya
- Suara ditinggikan di dalam masjid
- Orang menjadi ketua bagi satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka
- Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
- Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
- Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
- Artis disanjung-sanjung
- Muzik banyak dimainkan
- Generasi akhir umat melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain".


